5 Tempat Perlu dilawati di Chiang Rai, Thailand


From Chiang Mai to Chiang Rai, Thailand











Assalamualaikum... dan Selamat Sejahtera.. bersambung dari trip Chiang Mai. 
Kami bertolak dari Chiang Mai Arcade Bus Station pada pukul 1 tengahari menuju ke bandar paling utara di Thailand iaitu Chiang Rai. 







Kami beli tiket bas semasa hari pertama sampai di Chiang Mai. Saya datang menggunakan Grab dari Hotel Grand Bazaar Palace untuk ke stesen bas Chiang Mai.
Kos untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak sebanyak THB900++ ( Bayi umur 2 tahun ke bawah percuma)









hiking


Keadaan bas yang agak selesa, lebih kurang naik kapal terbang. Ada Bus Attendant yang sedia mengagihkan air mineral dan biskut.




Chiang Mai Arcade Bus Station 3






Gambaran penjualan tiket bas. Kami memilih Green Bus Company kerana bas syarikat ini selesa melalui pendapat-pendapat pelancong yang pernah ke sini. Pelancong lain-lain negara juga ramai yang memilih syarikat bas ini.









Sepanjang perjalanan kami selama 4 jam untuk sampai ke Chiang Rai, terdapat banyak juga permandangan sekitar kampung-kampung serta bukit bukau yang sangat indah. Pada pukul 5 petang kami sampai di Chiang Rai Bus Station. 






Chiang Rai Hotel




Chiang Rai Hotel






Memandangkan Chiang Rai Hotel agak jauh juga dari stesen bas, kami berjalan kaki sejauh 800 meter berpandukan Google Maps. 









Smart Phone juga banyak membantu kami dan memberi panduan untuk mencari tempat-tempat untuk di tuju, restoren halal, masjid dan sebagainya.












Chiang Rai Hotel ini terletak di tengah - tengah bandar Chiang Rai. Pada malamnya pula agak kesunyian kerana pekan ini agak terpencil, jika dibandingkan bandar Chiang Mai agak sibuk sedikit. Kami tempah hotel ini laman sesawang Agoda. Ltd tiga bulan sebelum sampai ke sini.







Persiapan untuk ke Golden Triangle, Don Sao Island & Maesai







Tour Package : Golden Triangle, Maesai with Boat 











Selfie bersama tour guide kami Mr Eric, Golden Chiang Rai Tour 
Pakej yang kami tempah dari Malaysia tiga bulan lepas. Kos untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan bayi ialah THB5500. 








Butiran maklumat penuh pakej saya kongsikan di akhir topik ini. Mr Eric sangat peramah dalam percakapan, beliau boleh berbahasa English. Banyak penerangan dan maklumat yang beliau sampaikan kepada kami. Saya amat berpuas hati.











Kami sememangnya ambil pakej private tour guide kerana tidak mahu berkongsi trip dengan orang lain. Biasa la bawa kanak-kanak dan bayi lebih mudah untuk berhenti di hentian rehat & rawat, tukar lampin, ke tandas, beli roti & makanan dan sebagainya. Jadi kami amat selesa menikmati perjalanan.








Permandangan dari atas Wat Pha untuk melihat Dtaran Sungai Mekong dan negara Laos. Dieberang sungai seperti gambar adalah negara Laos. Untuk pengetahuan pembaca negara Loas mempunyai banyak empangan - empangan dan elektrik hidro. Pihak kerajaan Thai beli elektrik dari negara Laos.









Dataran Sungai Mekong juga menjadi satu altenatif perdagangan bagi negara China. Kapal - kapal dari negara China menggunakan Sungai Mekong untuk menghantar produk - produk mereka dan dipasarkan ke Thailand, Myanmar dan Laos. 








Golden Triangle












Dari Ruak Jetty untuk ke Don Sao Island perlu menaiki bot selama 20 minit. Semasa perjalanan atas bot kami diperlihatkan sempadan tiga negara iaitu Thailand, Myanmar & Laos yang terkenal dengan nama  " The Golden Triangle". 






Golden Triangle bermaksud Segitiga Emas. Segitiga merujuk kepada persimpangan Sungai Mekong di antara tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos manakala Emas yang dimaksudkan ialah perdagangan antara tiga negara tersebut, dimana banyak aktiviti perdagangan yang telah lama wujud di sini. 





Don Sao Island, Laos








Sebuah pulau kecil berada di Dataran Sungai Mekong, Don Sao Island yang merupakan sebahagian daripada di bawah takluk Kerajaan Laos. Semua passport wajib dibawa kerana perlu pengesahan Imigresen Thai dan Laos untuk menjejakkan kai ke Don Sao Island. Di sini bahasanya lebih kurang bahasa Thai. Matawang Thai Baht pun boleh diterima di sini. 






Malah ada juga penjual di sini boleh bercakap melayu, berkemungkinan beliau pernah menetap atau bekerja di Malaysia.





Don Sao Jetty




Back to : Golden Triangle
























Opium House



Opium House merupakan muzium pameran tentang sejarah tanaman, jenis - jenis "paip" yang berkaitan candu.  


























Boleh layari video dibawah:





Travel With Kids - Golden Triangle, Thailand




Comments

Popular Posts