Umrah Ziarah Istanbul - Bursa - Bawa anak-anak ??









Assalamualaikum... selamat sejahtera semua. Untuk post kali ini saya akan kongsikan sedikit tentang perjalanan umrah ziarah Istanbul dan Bursa Turkey. 


Tarikh perjalanan ini pada bulan Feb 2016. Agak berbeza kali ini kami menunaikan umrah bersama 2 anak yang masih kecil iaitu Afiqah 5 tahun dan Athif 3 tahun. Pada masa ini juga isteri saya mengandungkan Afina dalam 4 bulan.

Kami tempah pakej Umrah Ziarah Istanbul ini dengan Syarikat Andalusia.

Cabaran fizikal dan mental kami diuji dengan kepayahan kerenah anak - anak. Tetapi kami sedaya upaya menghadapinya. 







Ini kali pertama kami sekeluarga  berempat menjejakkan kaki ke Turkey iaitu negara kedua selepas Thailand.

Persediaan mestilah dilakukan dengan rapi dan perancangan yang teratur. Perjalanan kami di Turkey selama 4 hari 3 malam dan pada hari berikutnya ke Madinah serta ke Mekkah untuk mengerjakan umrah.



Bertolak dari KLIA menaiki pesawat Turkish Airlines pada pkul 11:30 malam. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam. Akhirnya pada kami sampai di Artartuk International Airport, Istanbul pada pkul 4:00 pagi. Solat Subuh di Surau airport tersebut selepas pengesahan passport dan bagasi.







Tempat lawatan pertama kami adalah Masjid Salahuddin Al-Ayubi, seorang pahlawan Islam yang termasyhur, di sini pun terletak makam beliau.
Kami berhenti dan sarapan pagi di sini.






Kami bermula di Istanbul iaitu merupakan ibu negara Turkey. Kemudian ke pekan Bursa, pekan lama jajahan takluk Kerajaan terkuat di dunia pada masa dahulu, Turki Uttmaniah.








Sekitar Grand Bazar di Bursa, suhu pada waktu ini sejuk sekitar 6 darjah celcius. 








Kedai Munira, menjual manisan - manisan. Semasa perjalanan dari Istanbul ke Bursa, kami diperlihatkan ladang - ladang zaitun. Begitu banyak zaitun ditanam disini. Usia pokok mencecah ratusan tahun. Negara Turki merupakan pengeluar buah zaitun terbesar.




An-Husna Travel
Jika pembaca keinginan untuk datang sendirian (Tidak melalui pakej di Malaysia, tapi untuk Istanbul sahaja boleh dapatkan maklumat pakej dari An-Husna Travel)



Booking.com
Kalau pakej umrah memang wajib ambil muassasah yang berdaftar sahaja. Boleh rujuk Tabung Haji untuk pengesahan.
Untuk melancong sendiri ke Istanbul, Turkey boleh hubungi An-Husna Travel



Menyusuri dengan bot Selat Bosphorus berada di antara dua benua. Istanbul terbahagi kepada dua benua, iaitu benua Asia & Eropah.




Masjid Hagia Sophia, dulunya sebuah masjid dan kini menjadi muzium untuk tatapan umum






Masjid Sultan Ahmet atau nama glamournya Masjid Biru.




Salah satu persinggahan iaitu industri pembuatan tekstile. Harga pun boleh tahan juga. Mampu tengok saja.






Istana Topkapi



Istana Topkapi menempatkan khazanah peninggalan Rasulullah SAW, semasa pemerintahan Kerajaan Turki Utmaniyah. Mekah & Madinah turut berada dibawah pemerintahan kerajaan tersebut. 


Gambar hanya di luar sahaja. Ini kerana kerajaan Turki melarang pelawat mengambil gambar khazanah seperti Pedang, janggut, baju nabi. Tongkat Nabi Musa turut dipamerkan.



Hadapan pintu utama Istana Topkapi dilengkapi ciri - ciri sistem keselamatan seperti berada di lapangan terbang.




Hari terakhir berada di Istanbul sebelum bertolak ke Madinah. Bergambar bersama Tour guide kami, Mr Yaakub. 
Lokasi Artartuk International Airport, Istanbul



Menu ringkas dalam penerbangan Turkish Airlines


Bertolak pada pukul 11 pagi dari Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah pada petang


Selepas selesai proses pengesahan passport & visa umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, rombongan kami seterusnya dibawa ke Hotel Mawaddah Al-Waha, terletak diperkarangan Masjid Nabawi. 


Lawatan ke Masjid Quba'

Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga di situ. 





Sabda Rasulullah SAW:

Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]




Seterusnya ke Ladang Kurma




Bukit Uhud





Melawat Makam para sahabat Rasulullah SAW yang syahid semasa Perang Uhud. Termasuk bapa saudara baginda iaitu Saidina Hamzah R.A









Ziarah Wada' Rasulullah SAW - 
Sebelum berangkat ke ke Mekah mengerjakan ibadat umrah, terlebih dahulu ziarah wada' Rasulullah SAW yakni mengucapkan selamat tinggal kepada baginda dan para sahabat. Mohon dan berdoa agar diberi peluang untuk datang ke sini lagi masa akan datang.







Rukun - Rukun Umrah


Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:


Niat
Tawaf
Sai'e
Tahallul
Tertib


Untuk maklumat selanjutnya berkaitan Rukun - rukun Umrah, sila ke pautan dibawah:



Dalam perjalanan ke Mekah kami singgah di Wadi Qudaid, iaitu tempat persinggahan Rasulullah dan para sahabat dari Kota Mekah menuju ke Madinah.

Untuk maklumat lanjut tentang sejarah seorang perempuan bernama Ummu Ma'bad tinggal di Wadi Qudaid, sila ke pautan di bawah:







Ruang solat tingkat 2 Masjidil Haram, masuk ikut pintu no. 66.




Perkarangan Masjidilharam


Waktu Subuh, Athif mengantuk.







Sebelum meninggalkan Mekah, wajib setiap penziarah melakukan Tawaf Wada' iaitu tawaf selamat tinggal menghormati dan memuliakan Baitullah. Selepas kami menunaikan Tawaf Wada' pada waktu Subuh hari terakhir berada di Mekah, terus daftar keluar hotel dan kemaskan barang untuk pulang ke tanah air.
Untuk maklumat lanjut tentang Tawaf Wada' sila ke pautan dibawah






Gelagat si Mohammad Athif tiru aksi cleaner di kantin Hotel Hanen Al-Firdaus


Selepas menjamu selera tengahari di perkarangan Masjid Jeddah. Rombongan kami seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk menaiki pesawat Turkish Airlines ke Istanbul sekali lagi, transit selama 4 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Artatuk, dan pulang ke tanah air, Malaysia.


Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah








-Tamat-

Comments

Popular Posts