8 PERKARA MAKRUH ketika Solat


Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin mencerita secara ringkas tentang perkara-perkara makruh ketika solat. Seperti yang kita tahu, solat adalah tiang agama. Maka, setiap manusia yang beragama Islam harus mendirikan solat. 


Tetapi ada juga perkara-perkara makruh ketika solat. Mungkin kita pernah buat perkara-perkara sebegini, tetapi kita hanya memandang ringan sahaja terhadap perkara-perkara makruh ketika solat yang sering kita lakukan.


Istilah


Perkara yang dilakukan dalam solat tidak membatalkan solat tetapi ia tidak disukai. Meninggalkan perbuatan-perbuatan ini adalah digalakkan dan mendapat pahala.

Antara perkara-perkara makruh dalam solat ialah ; 

1. Memalingkan muka ketika solat, melainkan kerana keperluan.

Larangan ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam dua riwayat berikut:


Diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Allah Azzawajalla sentiasa mengadap hamba-Nya ketika dia bersolat dan tidak akan berpaling. Jika dia berpaling Allah juga akan berpaling daripadaNya."


(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, kitab Solat: Bab berpaling dalam solat)



Aishah r.ha. meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hakikat berpaling, jawab Baginda:

"Ia adalah satu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solah seorang hamba"


(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Azan: Bab berpaling dalam solat)



2. Memandang ke langit

Menurut Syafi'i perbuatan ini makruh dan tidak membatalkan solat melainkan sekiranya dilakukan tida kali berturut-turut.



3. Meletakkan kedua-dua lengan di atas lantai ketika sujud

Makruh metakkan lengan sehingga rapat dengan lantai sebagaimana anjing meletakkan kakinya ketika duduk. Sebaliknya lengan diangkat dan dijarakkan daripada rusuk untuk lelaki, dan merapatkannya ke rusuk bagi perempuan.


4. Memandang ke arah sesuatu yang melalaikannya daripada solat

Jangan menggunakan sejadah, pakaian atau tirai yang mempunyai motif corak yang pelbagai dan berwarna-warni ketika solat, kerana ia boleh menyababkan orang yang bersolat terpesona dengannya hingga menyebabkan terpesong tumpuannya kepada solatnya,



5. Bercekak pinggang atau berpeluk tubuh

Rasulullah SAW melarang orang bersolat sambil bercekak pinggang atau meletakkan tangannya di pinggang. Aisyah r.ha. juga menyatakan dia tidak suka meletakkan tangannya di pinggang, kerana ia adalah perbuatan orang yahudi.



6. Solat ketika makanan telah dihidangkan

Kelaparan adalah antara faktor seseorang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang dilakukannya, Melakukan solat dalam keadaan lapar menyebabkan seseorang itu gagal memberikan tumpuan yang penuh terhadapt solatnya.



7. Solat dalam keadaan menahan air kecil dan air besar

Makruh seseorang yang hendak membuang air kecil dan air besar menahannya untuk bersolat terlebih dahulu. Ini kerana perbuatan tersebut menyebabkannya melakukan solat dengan tergesa-gesa dan tidak khusyuk.


8. Solat dalam keadaan terlalu mengantuk

Makruh orang yang terlalu mengantuk menunaikan solat sama ada fardu atau sunat kerana perasaan mengantuk ini menyebabkan dia tidak khusyuk dan tidak cergas. Tetapi sekiranya seseorang itu terlalu mengantuk sehinggan tidak dapat memastikan atau mengingati bacaan dan rukun-rukun solat, batal solatnya. Dan perbuatan ini jika disengajakan, hukumnya HARAM.







Comments

Popular Posts