Bagaimana nak pergi ke Hat Yai, Thailand dengan Kereta ?

 



Assalamulaikum... pada kali ini, saya akan kongsikan pengalaman percutian kami sekeluarga 4 beranak ke Hat Yai, Thailand dengan kereta bawa sendiri pada 27-29hb Ogos 2015.

Untuk pegetahuan para pembaca, untuk bawa kereta ke Thailand perlulah:

  1. Bawa Geran kereta original (minta dengan pihak bank, cakap je nk pergi ke Thailand. Pihak bank akan minta tandatangan surat mengesahkan geran itu sudah diambil
  2. Bawa Passport 
  3. Kena buat insuran kereta (pihak ketiga, 3rd party), dalam sekitar RM90 sahaja untuk setahun, seminggu pun ada RM15, saya ambil setahun sebab kerap kali pergi Sungai Golok, Narathiwat kerana urusan bisnes bundle saya. Dibuat apabila telah masuk sempadan. kalau tidak buat pun boleh, tapi bila berlaku kemalangan, kena la tanggung sendiri. Satu lagi hanya tuan punya nama geran sahaja boleh bawa masuk beserta passport. Jadi, kereta yang dipinjam dari pihak lain tidak boleh dibawa masuk.
  4. Sim kad Thailand (Jika perlu). RM 13 @ 100 THB, Internet 1.5 Gybte Data tempoh seminggu, nanti pembaca mudah nak cari hotel, restoren, tempat ingin dituju dalam bandar Hat Yai dan juga update dalam Facebook atau whatsApp.














Hari Pertama, Khamis - Kami bertolak  dari Tumpat pada pukul 09:00 pagi menuju ke sempadan, Rantau Panjang- Sungai Golok. Perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai lebih kurang 350  km.




Sempadan Sungai Golok, Thailand 

Kompleks ICQS Rantau Panjang 
Sungai Golok Boundary Post




















Kaunter Cop Passport dan surat kastam (untuk geran kereta)





Masa dekat imigresen Thai, kena isi Borang Arrival/Departure. minta je dengan pegawai imigresen di kaunter tersebut.

Kepilkan bersama passport masing-masing.





Semasa serah geran kereta kepada kastam Thailand untuk pengesahan, diorang akan bagi surat kastam, dimana kena tandatangan dekat bawah. (macam dalam gambar)








Surat ini perlu simpan elok-elok sebab bila nak keluar dari Thailand atau masuk ke Malaysia semula, surat ini mestilah diserah balik dekat kaunter kastam Thailand. jika tidak, nanti akan dikenakan denda 10 THB sehari @ Rm1.30 sehari.



Contoh gambar insuran 3rd party Thailand





Selesai sahaja cop passport, kami pun geraklah sekita bandar Sungai golok untuk tukar wang dan beli sim kad Thai.

* Sim kad Thai - RM 13 @ 100 THB, Internet 1.5 Gybte Data tempoh seminggu, nanti pembaca mudah nak cari hotel, restoren, tempat ingin dituju dalam bandar Hat Yai dan juga update dalam Facebook atau whatsApp.

Sim kad Thai




 Singgah makan tengahari dekat kampung Saiburi, wilayah Pattani.

Budak-budak biasalah, naik kereta lama-lama boring, banyak kali juga berhenti stesen minyak, tapi tidak isi minyak pun(harga minyak di Thailand mahal, lebih kurang Ron 97, RM5.00 lebih untuk 1 liter).
Kami isi minyak penuh masa bertolak Malaysia lagi.


salah satu simpang dekat bandar Pattani, Thailand.








Masjid berusia 300 tahun di Pattani.
































Highway Thailand memang selesa berbanding kita, Malaysia. jalan luas, tidak ada "pumping". 


Untuk memudahkan lagi, boleh try route dalam google maps, tepi jalan banyak papan tanda yang boleh jadi panduan kita. contohnya kami bermula ambil Route 4057 (Sungai Golok >> Tak Bai). Kemudian Route 4084 (Tak Bai >> Narathiwat)

Lepas tu ambil Route 42 (Narathiwat >> Pattani) dan terakhir Route 43 (Pattani >> Hat Yai)




Hat Yai Paradise Hotel & Resort

Lebih kurang pukul 6:00 petang sampai lah dekat Hotel Hat Yai Paradise & Resort yang kami booking melalui Booking.com B.V tempoh hari. Pembaca boleh tempah hotel tersebut sekarang. Klik sahaja Booking.com banner dibawah tu.

Harga untuk 1 malam berpatutan jugaklah. Dalam THB 2660 @ RM160/malam(termasuk sarapan pagi). Saya cari pakai google maps je cari hotel ni. Lagi pun hotel ni ada sijil HALAL.




Hadapan Hotel



Sijil Halal dari Islamic commity of Thailand



Plug untuk caj handphone(Kena pakai unversal plug)

Keadaan bilik (Budak-budak main suis lampu)



Restoren Salma, Hat Yai, Thailand

Pada malam pula, kami sekeluarga makan malam dekat Restoren Salma, di kawasan bandar Hat Yai. Jangan risau, HALAL. Lagipun diorang boleh cakap melayu. (asal Wilayah Pattani kot)

Sambil makan, tiba-tiba terpandang dekat gajah, ada gajah masuk bandar, pusing- pusing makan angin jugak agaknya. Jadi, saya mendekati gajah tersebut dengan Athif, Afiqah tidak berani masuk dekat, takut agaknya kut.

Boleh bagi makanan dekat gajah. Bayar  5 THB (RM6.50) 
  * Macam dekat Taman Gajah Kuala Gandah, Pahang.






Magic Eye 3D Museum, Hat Yai, Thailand

Hari Kedua, Jumaat - Lepas sarapan pagi di hotel terus bergerak ke 3D Museum yang juga terletak dalam bandar. Tiket untuk 3D Museum dewasa dalam RM40 hingga 45, kanak-kanak pula RM30 hingga35. Gambar budak-budak layan gambar 3D.



















Restoren Hamid, Hat Yai, Thailand


Selesai di 3D Museum, kami sekeluarga bergerak ke Restoren Hamid, juga restoren HALAL untuk makan tengahari, premis ini juga berdekatan dengan Restoren Salma (Lorong yang sama).





Masjid Majjamoh Hat Yai, Thailand

Waktu Solat Jumaat pun dah nak dekat, jadi saya bergegas hantar isteri dan anak-anak balik ke hotel, dan saya terus menuju ke Masjid Majjamoh @ Mo-Ya, salah satu masjid jamek di bandar Hat Yai untuk menunaikan Solat Jumaat. 



Hat Yai Cable Car


Pada sebelah petang pula, selepas solat Asar di hotel, kami bergerak ke kawasan berbukit iaitu Hat Yai Cable Car. Kami menaiki bukit dengan kereta sampai ke puncak. Ada satu patung tokong yang besar dan tinggi. 

Tapi kami tidak sempat uuntuk menaiki Cable Car kerana waktu sudah lewat petang, premis tutup. Jadi aktiviti kali ini, tengok permandangan sekitar Hat Yai sahaja lah dari puncak bukit ini.

Hat Yai Cable Car dibuka setiap hari bermula pada jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam (Waktu Malaysia). Manakala harga tiket adalah: 
  • Dewasa - 200 THB @ RM23 (Untuk warga asing selain Thailand)
  • Warga Thailand - Dewasa 100 THB @ RM12, Kanak-kanak 50 THB @ RM6






Permandangan Hat Yai dari puncak bukit

Tempat letak kereta

Athif dengan gelagatnya

Menikmati permandangan sekitar bandar Hat Yai

Kaunter tiket Cable Car




Klonghae Floating Market, Hat Yai , Thailand

Hari semakin gelap, waktu dah nak masuk maghrib,  kami bergegas pula ke Pasar Terapung Klonghae. Disini pasarnya atas rakit sebab itu dipanggil pasar terapung. (Macam dekat Pantai Suri ,Tumpat)

Pasar Terapung Klonghae ini beroperasi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Waktunya adalah dari pukul 4:00 petang hingga 8:00 malam (Waktu Malaysia) 

Macam ada, makanan, pakaian, barang-barang cenderahati. Tandas dan surau pun ada. Kami menunaikan solat Maghrib disini.




Surau untuk menunaikan solat.

Tempat menjamu selera, minum air teh o beng  dalam buluh.


Selesai sahaja membeli belah, kami balik ke hotel semula untuk tidur kerana budak-budak pun letih. banyak betul aktiviti untuk hari ini.

Tengahari esok kami akan balik ke Malaysia ikut bukit Kayu Hitam, Kedah kerana ada program kenduri anak saudara saya di Teluk Intan, Perak.
Maaf, gambar tidak jelas




Pasar Santisuk, Hat Yai, Thailand


Hari ketiga, Sabtu - Selepas breakfirst di hotel, kami checkout dan terus ke Pasar Santisuk yang juga dalam bandar untuk "window shopping". 

Memandangkan jauh lagi perjalanan kami ke Teluk Intan, Perak, tidak banyak masa untuk kami peruntukkan di Pasar Santisuk. Beli baju anak-anak sahaja.



Pada pukul 12:00 tengahari, kami bergerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 
Dari bandar Hat Yai, Thailand ke Bukit Kayu Hitam, Kedah kami ambil Route 4. (Seperti dalam gambar google maps)





Perlu diingat surat kastam hedaklah diserah kepada kastam Thailand masa nak keluar sempadan. boleh serah di kaunter " Custom Declaration". Kalau keliru, nanti boleh tanya kakitangan bertugas dimana hendak serah dokumen tersebut.




Sadao Boundary Post

Batu Persempadanan antara Kedah dan Thailand


Sempadan Malaysia, Bukit Kayu Hitam





Dalam beberapa jam berikutnya sampai la kami di Teluk Intan Perak.







Panduan Ringkas Program

Hari 1 -
  • Pukul 9:00 pagi- Bertolak dari rumah ke Sungai Golok
  • Pukul 6:00 petang - Sampai di bandar Hat Yai, Thailand dan check in hotel.
  • Pukul 8:00 malam - Makan malam di Restoren Salma

Hari 2 -
  • Pukul 08:00 pagi - Sarapan pagi di hotel.
  • Pukul 9:00 pagi - Bertolak ke Magic Eye 3D Museum
  • Pukul 12:30 tengahari - Balik ke hotel
  • Pukul 1:00 tengahari - Solat Jumaat di Masjid Majjamoh, bandar Hat Yai.
  • Pukul 5:00 petang - Bergerak ke Hat Yai Cable Car
  • Pukul 6:30 Petang - Melawat Pasar Terapung Klonghae
  • Pukul 9:00 malam - Balik ke hotel.

Hari 3 - 
  • Pukul 08:00 pagi - Sarapan pagi di hotel.
  • Pukul 9:00 pagi - Check out dari hotel dan bergerak ke Pasar Santisuk.
  • Pukul 12:00 tengahari - Bertolak dari Hat Yai, Thailand ke sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.




-Tamat-







Comments

Post a Comment

Popular Posts