Bagaimana Pengiraan Zakat KWSP ?

WANG KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.








Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
Dalil Hadis
“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
– Hadis riwayat Abu Daud –






Fatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.
Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.


Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (selepas pindaan) Mengenai Isu Pembersihan تَصْفِيَّة (Tasfiyyah) Keuntungan Pelaburan Akaun KWSP

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen + bonus) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah. Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarum oleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari). Penyimpan juga tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.
“Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”
– Fatir : 18 dan Al-An’aam 164
Kaedah fiqh تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ iaitu “tindakan pemerintah terhadap rakyat harus terikut dengan kemaslahatan” membenarkan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan mengikut Akta KWSP 1991.
Namun sekiranya nanti, KWSP sudah menyediakan pilihan pelaburan secara patuh shariah, maka penyimpan yang tidak memilih pelaburan tersebut perlulah membersihkan /menyucikan bahagian yang haram / syubhah tersebut ke Baitulmal.





Booking.com



Jenis Zakat KWSP

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
  • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
    2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.
    Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
  • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
    2.5%  atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan.
    Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Contoh Pengiraan Zakat KWSPNisab Tahun 2012 : RM13 000.00
Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00





Lazada Malaysia



Sumber : Lembaga Zakat Selangor

Comments

Popular Posts